Misai panjang.

Advertisements

Kantoi

BINA SEKOLAH: Maszlee kantoi klaim kredit lagi

17 HRS AGO   Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata, kerajaan telah meluluskan pembinaan sekolah baharu Sekolah Kebangsaan Semenyih pada Oktober lalu.Menurutnya kejayaan projek tersebut adalah hasil perjuangan Persatuan Penduduk Taman Pelangi, Semenyih sejak 2012.“Ia hanya berjaya direalisasikan setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih dan meluluskan pembinaan sekolah tersebut pada Oktober lalu,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke tapak projek Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Semenyih, di sini, hari ini.Namun apabila disemak, projek ini rupanya telah diumumkan oleh bekas Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid pada Januari 2018 ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) masih berkuasa.Ini bermakna, projek ini telah diluluskan dan menggunakan dana dari Bajet 2018 ketika kerajaan BN masih mentadbir. Rujuk di sini.Tender projek ini telah dibuka pada bulan April dan ditutup pada awal bulan Mei beberapa hari selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu di mana ketika itu Maszlee belum pun mengangkat sumpah. Rujuk di sini dan di sini.Di dalam masa yang sama Maszlee turut bermegah yang kononnya tender itu dibuat secara terbuka oleh kerajaan PH. Padahal memang dari awal lagi tender itu telah dibuat secara terbuka oleh kerajaan BN. Rujuk di sini.Tindakan Maszlee yang kerap klaim kredit hasil dari usaha orang lain mengundang kecaman warganet.Perlakuan tidak jujur itu tidak ada bezanya beliau yang miliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dengan pimpinan lain di dalam PH yang menipu sijil ijazah mereka kerana apabila disimpulkan kesemuanya adalah menipu rakyat. – KhairulAzri/AbuLeman© BINA SEKOLAH: Maszlee kantoi klaim kredit lagi – Abu LemanSumber: https://www.abuleman.com/2019/02/bina-sekolah-maszlee-kantoi-klaim-kredit-lagi.html?m=1